Panduan lengkap penggunaan portal komunikasi sekolah-ibu bapa PintarSekolah untuk Pentadbir, Guru & Ibu Bapa.
Pentadbir sekolah adalah orang pertama mendaftar. Selepas pendaftaran, sistem akan menjana PIN Sekolah yang unik untuk dikongsi kepada guru dan ibu bapa.
Pergi ke pintarsekolah.rsautomation.name.my/register dan pilih "Pentadbir Sekolah".
Masukkan: Nama penuh, nombor telefon, nama sekolah, negeri, daerah, dan jenis sekolah (SR/SM).
Masukkan kata laluan (minimum 6 aksara) dan sahkan.
Sistem akan menjana PIN unik (contoh: SEL-4821). Simpan dan kongsi PIN ini kepada semua guru dan ibu bapa.
Guru mendaftar menggunakan PIN Sekolah yang diberikan oleh pentadbir.
Pergi ke halaman pendaftaran dan pilih peranan "Guru".
Masukkan PIN yang diberikan oleh pentadbir (contoh: SEL-4821).
Isi nama penuh, nombor telefon, dan cipta kata laluan. Tekan "Daftar".
Ibu bapa mendaftar menggunakan PIN Sekolah dan maklumat anak mereka.
Pergi ke halaman pendaftaran dan pilih peranan yang sesuai.
Masukkan PIN sekolah, nama penuh, nombor telefon, dan cipta kata laluan.
Cari nama anak dalam senarai pelajar sedia ada, atau masukkan nama dan kelas anak secara manual. Pilih hubungan (Ibu / Bapa / Penjaga).
Masukkan ID Telegram anda untuk menerima notifikasi automatik dari sekolah.
Dashboard pentadbir memaparkan ringkasan keseluruhan sekolah:
Lihat senarai semua guru yang berdaftar di sekolah anda.
Lihat semua ibu bapa yang berdaftar dan anak mereka yang dikaitkan.
Tambah, ubah, dan urus semua pelajar di sekolah anda.
Klik "Tambah Pelajar" dan isi nama, nombor pelajar, kelas, tahun, dan jantina.
Muat turun templat CSV, isi senarai pelajar, dan muat naik. Format: nama, no_pelajar, kelas, tahun, jantina.
Klik pada pelajar dan pilih "Tukar Kelas" untuk memindahkan ke kelas lain.
Fungsi akhir tahun untuk memindahkan semua pelajar ke tahun/tingkatan baru.
Urus pelan langganan sekolah anda.
Dashboard analitik keseluruhan sekolah dengan carta dan statistik automatik.
Muat naik jadual waktu guru dari fail Excel/CSV untuk keseluruhan sekolah.
Klik "Muat Turun Templat" untuk mendapatkan fail Excel kosong dalam format yang betul.
Isikan jadual mengikut format (guru, hari, waktu, mata pelajaran, kelas). Muat naik fail dan semak pratonton.
Semak pratonton untuk sebarang ralat. Tekan "Sahkan" untuk menyimpan. Boleh pilih untuk memadam jadual lama terlebih dahulu.
Paparan harian untuk mengurus guru ganti apabila ada guru yang tidak hadir ("Paparan 7 Pagi").
Masukkan rekod cuti — pilih guru, tarikh, jenis cuti (MC/Cuti/Kursus), alasan, dan muat naik dokumen sokongan jika ada.
Klik "Jana Cadangan" — sistem akan mencadangkan guru ganti berdasarkan: padanan mata pelajaran, kebiasaan kelas, dan keadilan agihan.
Luluskan setiap cadangan secara individu, atau gunakan "Lulus Semua". Boleh tukar guru ganti atau tolak cadangan (sistem akan cadang alternatif).
Modul pengurusan kokurikulum lengkap — aktiviti, kehadiran sesi, pemarkahan PAJSK, merit/demerit, dan laporan.
Jana laporan PAJSK dalam format Excel dan PDF yang mematuhi piawaian KPM:
Dashboard guru memaparkan maklumat kelas anda:
Pilih kelas yang ingin ditandakan kehadiran.
Tandakan Hadir atau Tidak Hadir untuk setiap pelajar. Jika ibu bapa sudah maklumkan ketidakhadiran awal, anda akan nampak alasan dan MC mereka.
Tekan "Hantar". Sistem akan automatik memberitahu ibu bapa bagi pelajar yang tidak hadir melalui Telegram.
Klik "Pengumuman Baru". Isi tajuk, kandungan, dan pilih kategori (Umum, Akademik, Disiplin, Kesihatan, dll).
Pilih "Seluruh Sekolah" atau "Kelas Tertentu" (boleh pilih beberapa kelas).
Lampirkan PDF, gambar, atau dokumen jika perlu.
Pengumuman akan terpapar di portal dan ibu bapa sasaran akan menerima notifikasi automatik.
Klik "Kerja Rumah Baru". Pilih kelas, mata pelajaran, tajuk, arahan, dan tarikh akhir.
Buka setiap tugasan untuk melihat status setiap pelajar: Belum Hantar, Sudah Hantar, atau Lewat.
Tandakan pelajar yang sudah hantar atau lewat secara pukal.
Hantar dan terima mesej peribadi dengan ibu bapa — bukan dalam kumpulan terbuka.
Muat naik jadual waktu kelas anda dalam bentuk PDF atau gambar.
Pilih kelas anda dari senarai dropdown.
Klik "Muat Naik Jadual" dan pilih fail PDF atau gambar (JPG, PNG). Jadual baru akan menggantikan jadual lama.
Muat naik takwim/kalendar sekolah sebagai PDF atau poster gambar. Semua pengguna boleh melihat.
Hantar surat makluman, surat kebenaran, atau pekeliling secara digital.
Isi tajuk, kandungan, kategori (Makluman, Kebenaran, Aktiviti, dll), dan sasaran (kelas tertentu atau seluruh sekolah).
Jika surat memerlukan maklum balas ibu bapa, aktifkan "Perlukan Kebenaran" dan tetapkan tarikh akhir.
Buka surat untuk melihat bilangan ibu bapa yang Setuju, Tidak Setuju, atau belum menjawab.
Pentadbir boleh mencipta jenis yuran dan merekodkan bayaran. Guru boleh melihat status kutipan.
Cipta senarai barang yang perlu dibawa pelajar untuk acara atau aktiviti tertentu.
Lihat jadual waktu keseluruhan sekolah dalam bentuk grid Isnin–Jumaat. Boleh tapis mengikut guru atau kelas.
Jika pentadbir belum import jadual, guru boleh mengisi sendiri jadual peribadi.
Grid Isnin–Jumaat dengan slot untuk setiap waktu. Isi mata pelajaran dan kelas bagi setiap slot.
Tekan "Simpan". Jadual lama akan digantikan sepenuhnya.
Pilih tarikh, jenis cuti (MC, Cuti, Kursus, Lain-lain), dan masukkan alasan.
Lampirkan MC atau surat sokongan jika ada.
Lihat tugasan guru ganti untuk hari tertentu. Jika anda ditugaskan sebagai guru ganti, anda boleh menerima atau menolak tugasan tersebut.
Klik "Aktiviti Baru". Isi nama aktiviti, komponen (Sukan/Persatuan/Badan Beruniform), hari, dan masa.
Buka aktiviti dan tambah pelajar. Tetapkan jawatan: Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, atau Ahli.
Cipta sesi dengan tarikh. Buka sesi untuk tandakan kehadiran setiap ahli — ibu bapa akan dimaklumkan jika anak tidak hadir.
Isi pemarkahan PAJSK untuk setiap pelajar dalam aktiviti anda:
Rekodkan markah merit (positif) atau demerit (negatif) untuk pelajar.
Muat naik gambar, PDF, atau dokumen sebagai bukti pencapaian pelajar:
Dashboard ibu bapa memaparkan semua maklumat berkaitan anak anda:
Lihat rekod kehadiran anak anda untuk 60 hari terakhir — status Hadir, Tidak Hadir, atau Lewat.
Maklumkan sekolah bahawa anak anda tidak akan hadir sebelum guru tandakan kehadiran.
Pilih anak, tarikh, dan alasan (Sakit, Cuti, Lain-lain).
Jika anak sakit, ambil gambar surat doktor dan muat naik terus dari telefon.
Guru akan nampak alasan anda semasa tandakan kehadiran.
Jika guru sudah tandakan anak anda tidak hadir, anda akan menerima notifikasi. Klik untuk memberikan alasan dan muat naik MC jika perlu.
Lihat semua pengumuman dari sekolah yang berkaitan dengan anak anda.
Lihat semua tugasan kerja rumah anak anda yang terkini.
Hantar mesej peribadi kepada guru atau pentadbir sekolah — selamat dan sulit.
Klik "Tulis Mesej". Pilih penerima (guru atau pentadbir), masukkan tajuk dan kandungan.
Buka mesej di peti masuk untuk membaca balasan guru. Anda akan dinotifikasi apabila guru membalas.
Terima dan baca surat dari sekolah secara digital. Jika surat memerlukan kebenaran, anda boleh menjawab terus.
Buka surat untuk membaca kandungan penuh dan muat turun lampiran.
Pilih "Setuju" atau "Tidak Setuju" untuk setiap anak anda. Boleh tambah catatan.
Lihat status bayaran yuran untuk setiap anak anda.
Lihat jadual waktu kelas anak anda yang dimuat naik oleh guru.
Lihat takwim/kalendar rasmi sekolah yang dimuat naik oleh guru atau pentadbir.
Lihat senarai barang yang perlu disediakan untuk acara atau aktiviti tertentu.
Pantau penyertaan kokurikulum anak anda secara lengkap.
Jemput rakan mendaftar PintarSekolah dan kumpulkan mata ganjaran.
Urus koleksi buku perpustakaan sekolah secara digital. Rekod pinjaman, pantau pemulangan, dan cari buku menggunakan barcode ISBN.
Semak dan luluskan rekod bacaan NILAM yang dihantar oleh murid melalui aplikasi PintarPelajar.
Murid menghantar rekod bacaan dari PintarPelajar. Senarai permohonan muncul dalam antrian kelulusan.
Lihat tajuk buku, ringkasan AI yang ditulis murid, dan gambar kulit buku (jika ada).
Klik Lulus untuk mengesahkan rekod — mata AINS murid dikira automatik. Atau tolak dengan catatan jika rekod tidak lengkap.
Guru yang ditugaskan sebagai Guru NILAM boleh menyemak dan meluluskan rekod bacaan murid yang dihantar melalui PintarPelajar.